Kunjung Hormat kepada YB Pegawai Kewangan Negeri Terengganu oleh Syarikat Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Dr. Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @Harun. Tujuan kunjungan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta perkongsian matlamat, visi dan juga hala tuju syarikat agar seiring dengan dasar pembangunan ekonomi Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis ini diadakan bertempat di bilik mesyuarat Tingkat 4,Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu pada hari Rabu, 1 Disember 2021.