Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

Category List

×

Notis

Twitter Consumer Key not defined.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

YB Dato' Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu meluangkan masa untuk bertemu dan menyuntik semangat kepada pasukan perbarisan PPNT dalam sesi latihan akhir sebelum Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Negeri Terengganu.

Pertemuan ini diadakan untuk memberi ruang kepada pengurusan tertinggi menzahirkan sokongan penuh dan apresiasi terhadap pasukan perbarisan PPNT atas komitmen dan keringat yang dicurahkan.

Dalam sesi pertemuan ini, YB Dato' berkesempatan menyuarakan hasrat pengurusan tertinggi agar pasukan perbarisan PPNT memberikan komitmen 100% semasa hari perbarisan sebenar pada 31 Ogos ini supaya PPNT memperoleh pencapaian yang terbaik sekaligus melonjakkan imej PPNT.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dinyatakan oleh YB Dato' Nara kepada jurulatih, urus setia dan setiap anggota perbarisan PPNT atas penyertaan dalam perbarisan tahun ini.YB Dato' PKN juga sempat menyempurnakan gimik penyerahan pakaian perbarisan kepada ketua kontinjen, Encik Aziz Chik dalam sesi pertemuan ini dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Negeri, Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar.

Semoga pencapaian kontinjen PPNT pada tahun ini akan mengatasi pencapaian tahun - tahun sudah, insya - Allah.

#TMBS #PERBARISANSAMBUTANHARIKEBANGSAAN #MENERAJUERATERENGGANUBAHARU

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pasukan Pencak Silat SUKMA XXI Terengganu telah bertolak dari Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus ke KLIA sebelum berlepas ke Miri, Sarawak pada 16 Ogos 2024 sempena SUKMA XXI pada 17 Ogos - 24 Ogos 2024.

Perlepasan dihadiri oleh Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar sebagai wakil Jabatan Angkat Pencak Silat SUKMA Terengganu.

Semoga sasaran 5 emas, 2 perak dan 8 gangsa berjaya dicapai daripada 28 emas yang dipertaruhkan dalam edisi SUKMA kali ini. Pada edisi lepas, pasukan silat Terengganu berjaya menggondol 5 emas, 4 perak dan 4 gangsa.

#TMBS #HANELANGBANGKIT

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2023 telah diadakan pada 28 Julai 2024 (Ahad) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBM Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhg. Datuk Ketua Audit Negara.

Mesyuarat diadakan bagi memuktamadkan penemuan audit penyata kewangan negeri yang dilaksanakan pada Mac - Mei 2024. Turut hadir YB Dato' Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Pengarah PTG, YBhg. Datuk Pengarah UPEN dan Pengarah Jab Audit Negeri Terengganu.

Semoga hasil penemuan audit ini akan membantu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dalam meningkatkan akauntabiliti kerajaan negeri dalam pengurusan wang awam.

#TMBS #MenerajuEraTerengganuBaharu

logoagensifooter

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20592 Kuala Terengganu, Terengganu.

General Line : 09 - 623 1957

Unit IT Line   : 09 - 627 6268

Emel :  emel

 

 

IKUTI LAMAN FB KAMI

facebookperbendaharaanterengganu  Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu

Pautan Luar (Agensi kerajaan)

iconMyGov iconMOF3 iconKSN3 iconTRG
iconMAMPU iconJPA iconSPA iconANM
iconBPA3 iconMSC3 iconKKM3 iconSPRM

 

 

 

Hits Pengunjung

Today 121

Yesterday 96

Week 1016

Month 121

All 107550

Polisi & Privasi
Site Map
TRDI NEWS

Pejabat Perbendaharaan Terengganu