Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

 

Tujuan aplikasi online ini dibangunkan adalah untuk mempercepatkan dan melicinkan lagi proses kerja dan pengurusan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT).

Terdapat beberapa sistem online telah dibangunkan dan digunapakai oleh pihak PPNT.

Berikut merupakan sistem utama dalam pengurusan pihak PPNT:

      1.Portal i-SPEKS  

      2.Sistem e-Kewangan  

 

 

Portal i-SPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri bagi membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. i-SPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu e-Maklum, e-Payslip dan e-EC.

 

i-SPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. i-SPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam i-SPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login.

Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui i-SPEKS adalah seperti berikut :

 

Kualiti perkhidmatan di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat ditingkatkan dimana makluman pembayaran dapat disampaikan kepada kakitangan awam dan pembekal dengan cepat dan mudah.

Apabila kakitangan di Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan pembayaran, mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada tugas-tugasan lain. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti mereka.

Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat mengurangkan kos bulanan proses gaji apabila slip gaji tidak perlu dicetak lagi. Slip gaji boleh disemak secara 'online' serta dicetak oleh kakitangan terbabit bila diperlukan.

Bebanan kerja di Unit Gaji juga dapat dikurangkan apabila slip gaji tidak perlu dicetak, disisih serta dihantar kepada setiap kakitangan yang terbabit. Tumpuan boleh diberi bagi memastikan setiap perubahan gaji yang perlu dilakukan adalah tepat dan betul. Ini dapat mengurangkan masalah semasa proses gaji dijalankan.

Kebaikan yang sama juga boleh dinikmati apabila penyata tahunan pendapatan dapat dicapai dan dicetak secara 'online' oleh kakitangan awam yang memerlukannya.

 

Sila klik di sini bagi manual penggunaan sistem i-SPEKS.

Sila klik pada pautan di bawah bagi panduan penggunaan Sistem i-SPEKS.

 

 

 

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah membangunkan satu sistem permohonan secara atas talian (online) bagi beberapa permohonan yang dikemukakan kepada jabatan ini.  Matlamat utama adalah untuk meningkatkan mutu sistem penyampaian PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU terhadap pelanggan utama Jabatan iaitu Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri sebagaimana yang diwawarkan dalam Piagam Pelanggan.

Sebelum daripada ini, proses mendapat kelulusan memakan masa beberapa hari, malah berminggu bermula dengan menerima permohonan daripada jabatan luar , kemudian proses mengambil tindakan pengesyoran/kelulusan dan seterusnya memaklumkan semula kelulusan samaada dilulus/tolak kepada jabatan. Perkara ini akan dapat dielak dan dipendekkan dengan penggunaan teknologi komputer, melalui sistem capaian yang akan dibangunkan kelak. Dalam masa yang sama ini akan dapat menjimatkan masa dan juga kertas (paperless).

Di antara permohonan yang seringkali di pohon oleh Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri bagi mendapat kelulusan Pegawai Kewangan Negeri adalah seperti berikut :

(1) Pengecualian Sebutharga/Tender/Pembelian diluar Kontrak Pusat.  
(2) Pekeliling Perbendaharaan Negeri Bil. 4 Tahun 2022 (Peraturan Penutupan Akaun Kerajaan Negeri bagi tahun kewangan 2022) 
(3) Tuntutan Elaun Lebih Masa melebihi 2/3 gaji.  
(4) Tuntutan Pembelian Telefon 
(5) Pindah Peruntukan 
(6) Tambah Peruntukan.  
(7) Pinjaman Kenderaan/Komputer 
(8) Pendahuluan diri.  
(9) Dan lain-lain (akan dikembangkan pada masa hadapan) 

 

Fasa 1 , sistem ini telah digunapakai pada Oktober 2011.  Beberapa modul penting telah dibangunkan mengikut fungsi setiap unit.

1. Unit Hasil  
2. Unit Perolehan Aset 
3. Unit Belanjawan.  

 

Antara modul-modul yang dibangunkan ialah :

(1) Pengecualian Sebutharga / Tender  
(2) Pengecualian di luar kontrak pusat 
(3) Pindah peruntukan  
4) Tuntutan Pembelian Telefon 
(5) Pindah Peruntukan 
(6) Tambah peruntukan  
(7) Elaun pakaian panas 
(8) Tuntutan pembelian telefon bimbit  
9) Pendahuluan Diri 
(10) Permohonan AP58a  
(11) Permohonan AP58b 

 

Fasa 2 pembangunan e-kewangan telah dibangunkan. Ianya akan digunapakai bermula Januari 2012. Antara penambahan modul-modul untuk fasa 2 adalah seperti berikut :

1. Pengecualian sebutharga / tender terpilih  
2. Pembayaran Balik Hasil 
3. Kelulusan Bayaran Tuntutan Elaun Melebihi 1 Bulan Gaji  
4. Kelulusan Potongan Gaji (Lebihan Bayaran Elaun, dll) 
5. Permohonan Pelantikan Perunding 
6. Tambah Peruntukan.  
7. Pinjaman Kenderaan/Komputer 
8. Pendahuluan diri  
6. Permohonan Caruman Pengurusan & Caruman Bantu Kadar (CBK) Badan Berkanun / "Off Budget" 

 

Di samping modul-modul yang ditambah, beberapa penambahbaikan juga telah dilakukan. Antaranya ditambah:

(a)Permohonan pengecualian sebutharga/tender pada peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada SUK  
(b)Permohonan Pindah Peruntukan Pembangunan yang melibatkan agensi-agensi lain seperti UPEN 

 

Disamping pembangunan modul-modul untuk e-kewangan, sistem ini telah dilengkapi dengan kemudahan notifikasi dalam bentuk emel dan juga sistem pesanan ringkas atau ‘sms’

 

Sila klik di sini bagi manual penggunaan Sistem e-Kewangan.

 

logoagensifooter

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20592 Kuala Terengganu, Terengganu.

General Line : 09 - 623 1957

Unit IT Line   : 09 - 627 6268

Emel :  emel

 

 

IKUTI LAMAN FB KAMI

facebookperbendaharaanterengganu  Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu

Pautan Luar (Agensi kerajaan)

iconMyGov iconMOF3 iconKSN3
iconMAMPU iconJPA iconSPA
iconBPA3 iconMSC3 iconKKM3
iconTRG iconANM iconSPRM

 

 

 

Hits Pengunjung

Today 132

Yesterday 104

Week 515

Month 4410

All 126612

Polisi & Privasi
Site Map
TRDI NEWS

Pejabat Perbendaharaan Terengganu