Kursus iSpeks secara atas talian kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) kerajaan negeri Terengganu telah diadakan pada 10 hingga 13 Oktober 2021 bermula pada pukul 8.30 pagi.
Banyak maklumat berguna berkenaan iSPEKS telah dipelajari sepanjang kursus dan ini memberi keyakinan kepada peserta dalam penggunaan aplikasi ini dalam urusan tugasan masing-masing.