Sesi Kunjungan Hormat Kementerian Kewangan (Bahagian Fiskal dan Ekonomi - FED) kepada YB Pegawai Kewangan Negeri telah diadakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) pada 14 Julai 2024 (Ahad).
Pertemuan antara PPNT dan FED ini merupakan yang pertama kali diadakan sejak pelantikan YB PKN pada Julai 2023. Pelbagai isu berkaitan fiskal dibincangkan antara kedua - dua pihak dalam memastikan penyediaan belanjawan yang lebih berhemah dan efisien.
Semoga ukhwah yang terjalin akan meningkatkan lagi tahap kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri.
#TMBS
#MenerajuEraTerengganuBaharu