Talimat Asas Arahan Keselamatan Perlindungan telah diadakan di Dewan Teater, Wisma Darul Iman melibatkan 90 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Perbendaharaan Terengganu pada 1 Julai 2024 (Isnin).
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Azri bin Ajid, Ketua Unit Keselamatan Perlindungan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu.
Taklimat diadakan bagi memberi maklumat kepada warga PPNT berkaitan pematuhan terhadap arahan keselamatan dalam menjaga kerahsiaan dokumen dan ruang kerja.
Semoga input diperolehi akan meningkatkan lagi tahap keselamatan dokumen dan ruang kerja di Pejabat Perbendaharaan Terengganu.