Kursus Pemantapan MPSAS Aset telah diadakan pada 6-7 November 2023 (Isnin-Selasa) untuk semua kakitangan jabatan, PTJ, badan berkanun dan PBT Negeri Terengganu.
Kursus ini adalah anjuran Seksyen Khidmat Perunding dan Naziran PPNT yang bertujuan memantapkan pengguna khususnya dalam perakaunan dan pengurusan aset-aset negeri.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, En. Azmi bin Abdul Manaf dari Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam.