Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) telah melancarkan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin selaras dengan keputusan mesyuarat Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Perkhidmatan pada 24 Oktober 2023 (Selasa).
Pelancaran tabung ini disempurnakan oleh YB Dato' Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan disertai oleh warga PPNT dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.
Semoga pelancaran tabung ini mampu mengurangkan keperitan dan penderitaan saudara Islam kita di Palestin, Insya-Allah.