Majlis Amanat YB Pegawai Kewangan Negeri Tahun 2025 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman dengan kehadiran semua pegawai dan kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu berserta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.
Majlis ini turut diselitkan dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada Kumpulan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Sesi 2023/2024 dan penyerahan surat lantikan kepada Pewakilan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Sesi 2025/2026. Turut diraikan dalam majlis ini ialah Kumpulan Inovatif dan kreatif Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (Cash King) yang telah memenangi Anugerah Khas Juri dalam Pertandingan Persada Inovasi Peringkat Negeri Terengganu pada Tahun 2024.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan semoga amanat oleh YB Dato' PKN agar warga PPNT dan LTAWNT sentiasa "improved" dan menjaga keharmonian dalam jabatan akan tersemat di sanubari.
#TMBS #DemiMasaDepanTerengganu