Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

Pertemuan Dato' Pegawai Kewangan Negeri bersama pasukan perbarisan

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

YB Dato' Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu meluangkan masa untuk bertemu dan menyuntik semangat kepada pasukan perbarisan PPNT dalam sesi latihan akhir sebelum Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Negeri Terengganu.

Pertemuan ini diadakan untuk memberi ruang kepada pengurusan tertinggi menzahirkan sokongan penuh dan apresiasi terhadap pasukan perbarisan PPNT atas komitmen dan keringat yang dicurahkan.

Dalam sesi pertemuan ini, YB Dato' berkesempatan menyuarakan hasrat pengurusan tertinggi agar pasukan perbarisan PPNT memberikan komitmen 100% semasa hari perbarisan sebenar pada 31 Ogos ini supaya PPNT memperoleh pencapaian yang terbaik sekaligus melonjakkan imej PPNT.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dinyatakan oleh YB Dato' Nara kepada jurulatih, urus setia dan setiap anggota perbarisan PPNT atas penyertaan dalam perbarisan tahun ini.YB Dato' PKN juga sempat menyempurnakan gimik penyerahan pakaian perbarisan kepada ketua kontinjen, Encik Aziz Chik dalam sesi pertemuan ini dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Negeri, Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar.

Semoga pencapaian kontinjen PPNT pada tahun ini akan mengatasi pencapaian tahun - tahun sudah, insya - Allah.

#TMBS #PERBARISANSAMBUTANHARIKEBANGSAAN #MENERAJUERATERENGGANUBAHARU

perbarisan2024

perbarisan2024

perbarisan2024

perbarisan2024

logoagensifooter

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20592 Kuala Terengganu, Terengganu.

General Line : 09 - 623 1957

Unit IT Line   : 09 - 627 6268

Emel :  emel

 

 

IKUTI LAMAN FB KAMI

facebookperbendaharaanterengganu  Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu

Pautan Luar (Agensi kerajaan)

iconMyGov iconMOF3 iconKSN3 iconTRG
iconMAMPU iconJPA iconSPA iconANM
iconBPA3 iconMSC3 iconKKM3 iconSPRM

 

 

 

Hits Pengunjung

Today 32

Yesterday 96

Week 927

Month 32

All 107461

Polisi & Privasi
Site Map
TRDI NEWS

Pejabat Perbendaharaan Terengganu