Majlis Jamuan Persaraan Puan Norhayati binti Embong telah diadakan pada 31 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Tingkat 3, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Wisma Darul Iman.
Puan Norhayati binti Embong telah memulakan perkhidmatan sebagai penjawat awam di Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKR) pada tahun 1985. Seterusnya beliau berkhidmat di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) pada tahun 2000 sehingga persaraan pada tahun 2023.
Semoga beliau sentiasa sihat dan dipermudah urusan.