Kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) oleh YB Dato' Nara Setia (Pegawai Kewangan Negeri) dan YBhg. Dato' Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak (Pengarah UPEN Terengganu) diiringi Bendahari Negeri, Hajah Marzialina binti Mohamed dan pegawai-pegawai kanan telah diadakan pada 15 September 2023.
Kunjungan hormat ini merupakan pertemuan pertama YB Dato' Nara Setia dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican (KSP) sejak pelantikan YB Dato' Nara Setia sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada 8 Julai 2023.
Semoga semangat kerjasama dan persefahaman jitu antara pejabat perbendaharaan negeri Terengganu dan Kementerian Kewangan ini diteruskan untuk masa akan datang