Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Bagi Tahun Kewangan 2022 telah diadakan pada 20 Ogos 2023 (Ahad) bertempat di Tingkat 17, Wisma Darul Iman yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi.
Mesyuarat yang diadakan pada setiap tahun ini dipengerusikan bersama oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan turut dihadiri oleh YB Dato' Nara Setia (Pegawai Kewangan Negeri), YBhg. Dato' Haji Ishamudin bin Hashim (Pengarah Tanah serta Galian) YBhg. Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak (Timbalan SUK Pembangunan)..
Turut hadir adalah ketua - ketua jabatan dan ketua -ketua unit di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu. Semoga mesyuarat ini memberikan hasil yang terbaik.