Kunjungan hormat ke Pejabat Belanjawan Negara (NBO) oleh YB Dato' Nara Setia diiringi Bendahari Negeri, Hajah Marzialina binti Mohamed dan pegawai - pegawai kanan Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) telah diadakan pada 24 Julai 2023 (Isnin).
Sesi kunjungan hormat ini merupakan pertemuan pertama YB Dato' Nara Setia dan YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman (Pengarah NBO) sejak pelantikan YB Dato' Nara Setia sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada 8 Julai 2023.
Semoga pertemuan ini akan menjadi pencetus kerjasama erat dan persefahaman jitu antara PPNT dan NBO, insya-Allah.