YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Nara Setia Dato' Zulkifli bin Ali tiba di perkarangan tingkat 2, Wisma Darul Iman pagi ini disambut oleh Ketua Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan).
Seterusnya YB Dato' Nara Setia mengimbas perakam waktu di Pejabat Perbendaharaan Negeri buat kali pertama dengan disaksikan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Encik Zawawi bin Abd. Rahman. Sesi solat hajat dan bacaan doa selamat juga diadakan di bilik YB Dato' Nara Setia sebelum perjumpaan antara beliau dan pegawai PPNT.
YB Dato' Nara Setia juga menerima kunjungan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri yang diketuai YBhg. Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham selaku YDP Persatuan Pegawai Tadbir Negeri. Warga pejabat mengucapkan selamat datang kepada YB Dato' Nara Setia ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu dan mendoakan agar Allah SWT mempermudah setiap urusan YB Dato' sebagai Pegawai Kewangan Negeri bermula 9 Julai 2023 (Ahad).