Cenderahati kepada mantan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu.
Sempena Hari Raya Aidilfitri, Pejabat Perbendaharaan Negeri telah mengedarkan Cenderahati Syawal kepada mantan Pegawai Kewangan Negeri. Cenderahati disampaikan oleh Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar, Ketua Pegawai Kewangan Negeri Khidmat Pengurusan.
Alhamdulillah, beberapa orang mantan pegawai kewangan berkesempatan untuk menerima sendiri cenderahari tersebut. Semoga mantan - mantan pegawai kewangan negeri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.