Bengkel Pengukuhan Perjawatan.
Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Perjawatan pada 11 dan 12 Januari 2023 sebagai "kick off" proses penstrukturan semula struktur organisasi di PPNT dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan PPNT.
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Zulmikhsyar bin Ghazali, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Pembangunan Organisasi sebagai penceramah sepanjang perjalanan bengkel tersebut. Bengkel ini yang dihadiri oleh wakil dari setiap bahagian di PPNT menfokuskan kaedah penyediaan kertas cadangan bagi pengukuhan perjawatan di PPNT di samping sebagai proses pemutihan bagi waran perjawatan di PPNT.
Turut hadir ialah Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan) yang mensasarkan agar kertas cadangan pengukuhan perjawatan di PPNT dapat disempurnakan selewatnya Mac 2023. Semoga bengkel ini akan membantu PPNT merangka struktur organisasi yang praktikal dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif sekaligus meransang produktiviti jabatan.