Majlis Apresiasi Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu tahun 2022 telah diadakan pada 15 Disember 2022 (Khamis) di Hotel Permai, Kuala Terengganu melibatkan 126 orang kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri.
Seiring dengan konsep perbelanjaan berhemah, majlis yang diadakan bukan sahaja bertujuan meraikan kakitangan yang bertukar dan bersara, tetapi turut merangkumi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang jabatan, meraikan kontinjen perbarisan merdeka dan perarakan maulidur rasul serta pelancaran Buku OACP PPNT.
Sempena pelancaran OACP PPNT, YB Dato' Haji Rozali Salleh (Pegawai Kewangan Negeri) turut melahirkan harapan agar dokumen OACP PPNT akan menjadi sumber rujukan dan panduan utama warga PPNT dalam membudayakan amalan berintegriti dalam perkhidmatan.
Beliau juga merakamkan ucapan selamat tahun baru 2023 kepada semua warga PPNT dan semoga cabaran 2023 dihadapi dengan penuh komited selaras moto "Memacu Terengganu Berdaya Tahan".