Satu Majlis Penghargaan Jabatan Angkat SUKMA telah diadakan pada 8 November 2022 (Selasa) di Darul Syakirin (Kediaman Rasmi YB Setiausaha Kerajaan Terengganu).
Majlis tersebut dianjurkan bagi menunjukkan penghargaan kerajaan negeri terhadap komitmen setiap jabatan angkat SUKMA 2022. Dalam majlis tersebut, setiap jabatan angkat telah menerima Plak, Sijil penghargaan dan Buku profil pemenang kontinjen Terengganu dalam SUKMA 2022.
Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah dilantik sebagai jabatan angkat bagi sukan pencak silat dengan pencapaian 5 emas, 4 perak dan 4 gangsa sekaligus menjadi johan keseluruhan acara pencak silat SUKMA 2022. Semoga kontinjen Terengganu akan lebih cemerlang pada edisi SUKMA akan datang. Insya-Allah.