Tujuan aplikasi online ini dibangunkan adalah untuk mempercepatkan dan melicinkan lagi proses kerja dan pengurusan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu(PPNT). Terdapat beberapa sistem Online telah dibangunkan dan digunapakai oleh pihak PPNT. Berikut merupakan sistem utama dalam pengurusan pihak PPNT.
1. Sistem e-SPEKS
2. Sistem e-Kewangan
3. Sistem Crest
![]() |
||||||||||||||||||
e-SPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. e-SPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu e-Maklum, e-Payslip dan e-EC.
eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam eSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login. Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui eSPEKS adalah seperti berikut :
Sila klik di sini bagi manual penggunaan sistem e-SPEKS.
Sila klik pada pautan di bawah bagi panduan penggunaan Sistem e-SPEKS.
|
![]() |
||
Sila klik di sini bagi manual penggunaan Sistem e-Kewangan.
|
![]() |
|
Sistem Pendaftaran dan Penilaian atau lebih dikenali ‘ Consultant Registration & Evaluation System Terengganu (CREST) adalah sistem yang dibangunkan bagi mengumpul data dan maklumat berkenaan perunding dalam dan luar negeri Terengganu.
Sistem ini menyimpan data berkenaan latarbelakang syarikat perunding (company profile) dan maklumat projek yang telah diberikan kelulusan menjalankan kerja/projek di Terengganu. Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri adalah syarikat yang mempunyai kelayakan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan badan-badan professional dalam bidang berkaitan.
Di antara bidang dan kategori yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri di dalam sistem ini adalah arkitek, kejuruteraan awam dan struktur, ukur bahan, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dan kajian kemungkinan, ekonomi dan penswastaan.
Pihak perunding akan mengemaskini maklumat syarikat masing-masing secara online (atas talian) mulai 1hb Januari 2013 melalui sistem ini. Malah bagi syarikat baru yang ingin mendaftar dengan Kerajaan Negeri, bolehlah membuat permohonan pendaftaran melalui sistem ini yang ditempatkan di laman web Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) .
Mulai 1hb Januari 2013 juga, pihak PPNT akan mengguna pakai satu modul baru dalam Sistem e-Kewangan iaitu modul Perunding . Tujuan modul ini adalah bagi membuat permohonan perlantikan perunding dalam menjalankan sesebuah projek dan kerja di negeri Terengganu.
Sila klik di sini bagi manual penggunaan Sistem Pendaftaran Perunding. |

Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri atau iSPEKS merupakan sistem yang berasaskan perakaunan akruan dan dibangunkan selaras dengan hasrat Kerajaan ke arah landskap perakaunan akruan. Pembangunan sistem ini telah bermula sejak tahun 2015 dan telah mula digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai negeri perintis bermula pada 1 Januari 2017, Kerajaan Negeri Perlis (1 Jun 2017), Kerajaan Negeri Kedah (1 Julai 2017) dan Kerajaan Negeri Perak (1 Januari 2018).
Carta aliran iSPEKS
Faedah - faedah iSPEKS