BERITA SEMASA
SESSI PERKONGSIAN ILMU DAN PERCAMBAHAN IDEA BERSAMA ROMBONGAN PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI PERLIS
Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah menerima rombongan daripada Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis pada 8 April 2012 (Ahad) yang lalu. Sessi perkongsian ilmu dan percambahan idea telah diadakan di tingkat 17, Wisma Darul Iman. Rombongan kemudiannya dibawa melawat ke ruangan pejabat untuk melihat sendiri pelaksanaan 5S di sekitar pejabat.
Rombongan seramai 30 orang dan diketuai oleh Timbalan Pegawai Kewangan Perlis, Encik Moh Adib bin Zakaria. Semua pegawai, ketua unit dan juga warga PPNT telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan sesi ini. Terima kasih kepada semua dan diharapkan dengan adanya sessi perkongsian ilmu dan percambahan idea yang sebegini akan dapat meningkatkan lagi kefahaman seterusnya dapat mencapai visi dan misi yang ditetapkan oleh pihak jabatan.
PERBENDAHARAAN TEMPAT KE EMPAT ACARA BOLING PADANG (LELAKI) SEMPENA KEJOHANAN BOLING PADANG ANTARA TINGKAT WISMA DARUL IMAN
Kelab Perbendaharaan Negeri Terengganu hanya mampu meraih tempat ke empat bagi kategori lelaki dalam acara Boling Padang sempena Kejohanan Boling Padang Antara Tingkat Wisma Darul Iman tahun 2012. Kejohanan tersebut telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 30-31hb. Mac 2012 bertempat di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu telah disertai oleh 10 kelab di Wisma Darul Iman dengan setiap pasukan menghantar 2 pasukan bagi setiap kategori Lelaki dan Wanita. Pasukan Perbendaharaan telah ditewaskan oleh pasukan Tiger United (Pejabat Tanah dan Galian).
LAWATAN AHLI KELAB PERBENDAHARAAN KE PULAU PERHENTIAN
Kelab Perbendaharaan Negeri Terengganu telah menganjurkan lawatan ahli kelab ke Pulau Perhentian pada 23-24hb. Mac 2012. Dalam lawatan tersebut seramai 19 ahli kelab telah menyertai lawatan tersebut. Diantar aktiviti yang telah dijalan sepanjang lawatan tersebut adalah snoorkling, berenang, berkayak, bersantai ditepi pantai sambil menghirup udara segar dan bermain sukan pantai.
PERBENDAHARAAN MUNCUL JUARA ACARA BADMINTON KEJOHANAN BADMINTON ANTARA TINGKAT WISMA DARUL IMAN
Kelab Perbendaharaan Negeri Terengganu telah muncul juara bagi acara badminton sempena Kejohanan Badminton Antara Tingkat Wisma Darul Iman tahun 2012. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 17hb. Mac 2012 bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu telah disertai oleh 9 kelab di Wisma Darul Iman. Pasukan Perbendaharaan telah berjaya mengalahkan pasukan dari Kelab Pertama dalam pertandingan akhir yang berlangsung sengit.
BENGKEL PENULISAN SURAT DAN MEMO BERKUALITI

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah mengadakan "Bengkel Penulisan Surat dan Memo Berkualiti" pada 20 Februari 2012 bertempat di Riyaz Heritage Marina Resort and Spa. Seramai 34 orang telah menghadiri bengkel tersebut yang dikendalikan oleh penceramah dari INTIM, Puan Najihah Karimah binti Mat Ali. Semua peserta didedahkan dengan teknik penulisan surat dan memo yang betul dan tepat serta memenuhi 'standard' yang ditetapkan. Diharapkan dengan adanya bengkel sebegini dapat meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan di pejabat ini.
PENGGUNAAN PERISIAN JRE BAGI SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER STANDARD KERAJAAN NEGERI
Untuk makluman kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ), pihak tuan diingatkan untuk membuat Installasi perisiaan Java Runtime Environm (JRE) pada 20hb. Februari 2012. Penggunaan perisian JRE ini perlu bagi menggantikan perisian Oracle Jinitator untuk Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) kerana penggunaan perisian Oracle Jinitator tidak lagi sesuai bagi komputer peribadi yang menggunakan sistem pengoperasian Windows Vista dan Windows 7. Disamping itu juga, penggunaan JRE ini bagi menyokong penggunaan Pelayar (Browser) Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome versi terkini dan bagi membolehkan perlaksanaan Public Key Inrastructure (PKI) yang dijadualkan bermula 22hb. Februari, 2012. Sila rujuk surat arahan bernombor rujukan PERB.TR.U/73/03/01/3-(27) yang telah diemelkan atau klik link pada perkataan PERB.TR.U/73/03/01/3-(27) untuk paparan surat arahan. Sila muat turun perisian JRE dan cara menginstall perisian JRE ini pada menu Aplikasi-> Muat turun perisian SPEKS->JRE atau boleh datang sendiri ke Pejabat Perbendaharaan Negeri untuk menyalin perisian tersebut.
MAJLIS PERJUMPAAN TAHUNAN BERSAMA YB. DATO' HAJI ABDUL RAZAK BIN ISMAIL. PEGAWAI KEWANGAN NEGERI TERENGGANU DAN MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA HARI KELUARGA PPNT

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu julung-julung kalinya telah mengadakan Majlis Perjumpaan Tahunan bersama YB Dato' Haji Abdul Razak bin Ismail, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan Majlis Makan Malam sempena Hari Keluarga PPNT pada 20 Januari 2012 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Pada majlis tersebut seramai 90 orang kakitangan telah hadir bersama keluarga masing-masing.
Dalam majlis tersebut, YB Dato' PKN dalam ucapannya berharap semua warga PPNT dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas dan sokongan daripada keluarga juga perlu bagi memastikan setiap warga dapat melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin.
Majlis turut meraikan pesara-pesara, penerima APC peringkat jabatan bagi tahun 2011 dan anak-anak cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Majlis tersebut juga diserikan dengan nyanyian oleh bakat-bakat terpendam dikalangan warga PPNT.
Diharapkan majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan warga PPNT dan dapat meningkatkan lagi semangat bekerja antara kita.
MESYUARAT PENYERAHAN DANA KHAS KERAJAAN PERSEKUTUAN BIL1 TAHUN 2012

Mesyuarat penyerahan Dana Khas Kerajaan Persekutuan Bil1 Tahun 2012 telah diadakan pada 15 Januari 2012 (Ahad) yang lalu bertempat di tingkat 16, Pejabat Menteri Besar. Pada mesyuarat tersebut, Kerajaan Negeri telah menerima bayaran balik Dana Khas Persekutuan berjumlah RM200 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Penyerahan cek itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan kementerian itu, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah kepada Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said dan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah. Turut hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Abdul Razak Ismail, Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Noorbahri Baharuddin dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.















