PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
SUK.TR.1120/2/5 BHG.2(5)
PEKELILING PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU BIL. 14 TAHUN 2013
Dengan hormatnya di maklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju memanjangkan kemudahan bayaran elaun telefon kepada Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 ke atas sebagaimana ketetapan berikut:-
Jawatan & Gred : Penolong Pegawai Tadbir Gred N32
Amaun : RM50.00 sebulan
Jawatan & Gred : Penolong Pegawai Tadbir Gred N36
Amaun : RM75.00 sebulan
2. Kemudahan bayaran elaun telefon ini berkuatkuasa mulai 1 September 2013 dan bagi Penolong Pegawai Tadbir lantikan tetap sahaja.
Sekian, terima kasih.
“ MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(MOHD ZAHARI BIN AZAHAR)
b.p. Setiausaha Kerajaan Terengganu