Majlis Apresiasi Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah diadakan pada 12 September 2024 (Khamis), pada pukul 1.30 petang.
Majlis ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada pegawai yang telah bertukar dan bersara.
Dalam majlis ini ini, ucapan aluan disampaikan oleh YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri. Manakala Puan Hajah Fatimah binti Mohamad Ali, telah menyampaikan ucapan sebagai wakil pegawai bersara.
Turut diadakan penyampaian hadiah pertandingan Loss Weight Challenge, penyampaian sijil/hadiah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 & 2024 peringkat negeri dan jabatan dan penyampaian cenderahati kepada pegawai bertukar/bersara.
#TMBS #MENERAJUERATERENGGANUBAHARU