Sedang berlangsung Bengkel Pelan Strategik Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu 2025-2029 Siri 1 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu bersama penceramah jemputan iaitu Encik Muhammad Azrin Hafizuddin bin Hashim, Penolong Setiausaha Kerajaan (Korporat) Pentadbiran dan Kewangan dan dibantu oleh 2 fasilitator Puan Sabihah binti Alias dan Puan Sharifah Nurul Ain binti Syed Mohd Sofian..
Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar Pelan Strategik Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu dapat siap sepenuhnya pada tarikh yang telah disasarkan.
#TMBS
#DemiMasaDepanTerengganu