YB Dato' Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu meluangkan masa untuk bertemu dan menyuntik semangat kepada pasukan perbarisan PPNT dalam sesi latihan akhir sebelum Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Negeri Terengganu.
Pertemuan ini diadakan untuk memberi ruang kepada pengurusan tertinggi menzahirkan sokongan penuh dan apresiasi terhadap pasukan perbarisan PPNT atas komitmen dan keringat yang dicurahkan.
Dalam sesi pertemuan ini, YB Dato' berkesempatan menyuarakan hasrat pengurusan tertinggi agar pasukan perbarisan PPNT memberikan komitmen 100% semasa hari perbarisan sebenar pada 31 Ogos ini supaya PPNT memperoleh pencapaian yang terbaik sekaligus melonjakkan imej PPNT.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dinyatakan oleh YB Dato' Nara kepada jurulatih, urus setia dan setiap anggota perbarisan PPNT atas penyertaan dalam perbarisan tahun ini.YB Dato' PKN juga sempat menyempurnakan gimik penyerahan pakaian perbarisan kepada ketua kontinjen, Encik Aziz Chik dalam sesi pertemuan ini dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Negeri, Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar.
Semoga pencapaian kontinjen PPNT pada tahun ini akan mengatasi pencapaian tahun - tahun sudah, insya - Allah.
#TMBS #PERBARISANSAMBUTANHARIKEBANGSAAN #MENERAJUERATERENGGANUBAHARU