Mesyuarat Pra Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Timbalan Ketua Audit Negara, Tingkat 8, Jabatan Audit Negara.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan hasil penemuan daripada sesi pengauditan penyata kewangan kerajaan negeri 2023 sebelum Mesyuarat Penutup pada 28 Julai 2023. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Hajah Patimah binti Ramuji. Kerajaan Negeri Terengganu pula diketuai oleh YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Nara Setia yang diiringi Bendahari Negeri, Timbalan Pengarah UPEN (Sektoral) dan pegawai - pegawai Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu.
#TMBS #MenerajuEraTerengganuBaharu