Pejabat CGSO telah mengadakan Inspektorat Keselamatan Perlindungan di Pejabat Perbendaharaan Terengganu yang diketuai oleh Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Encik Ahmad Fakrudin bin Azizan bersama - sama 3 orang pegawai beliau pada 30 Jun 2024 (Ahad).
Tujuan inspektorat ini diadakan adalah bagi mengiktiraf tadbir urus Keselamatan Perlindungan yang terbaik di PPNT dalam usaha meningkatkan komitmen PPNT untuk mengamalkan, melaksanakan dan menguatkuasakan Keselamatan Perlindungan.
Semoga cadangan penambahbaikan dalam inspektorat ini akan meningkatkan lagi akauntabiliti PPNT di samping meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan di PPNT. Pasukan CGSO telah diraikan oleh Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (KPPKN KP), Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar selaku Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan.