Pada 9 Mei tahun 2024, Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah menerima kehadiran Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican sempena kehadiran beliau di Terengganu.
Kehadiran beliau adalah sempena sambutan Aidilfitri Madani dan mesyuarat khas pembangunan negeri.
Kehadiran beliau telah disambut oleh YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri, pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Terengganu. Turut hadir YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.