Taklimat penyediaan laporan penggunaan Merchant Terminal (Point-of-sale) telah diadakan pada 11 Januari 2024 (Khamis) bertempat di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Jamel Aziz bin Mohd Jidin, Penolong Kanan Pegawai Kewangan Negeri (Hasil) dan dihadiri semua kakitangan daripada pejabat PTJ terlibat.
Semoga taklimat ini memberi manfaat dan input berguna kepada semua terlibat.