Terengganu State Treasury Office 

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Mesyuarat Pra Penutup Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan di Tingkat 17, Wisma Darul Iman pada 10 Ogos 2023 (Khamis) pada pukul 10.00 pagi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Nara Setia (Pegawai Kewangan Negeri) ini bertujuan membincangkan penemuan audit oleh Jabatan Audit Negara bagi tahun kewangan 2022. Majlis ini turut dihadiri Pengarah Bahagian Audit Kewangan IV Jabatan Audit Negara, Puan Norliza binti Md Nuruddin@Nordin.

Semoga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat pada hari ini akan mempermudah proses mendapatkan Sijil Bersih dalam Mesyuarat Exit Penyata Kewangan pada 20 Ogos 2023.

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri diiringi beberapa pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Terengganu telah menyertai Program Bidong Beach and Underwater Clean Up 2023 (Sayangi Pulau Bidong) pada 1 Ogos 2023 (Selasa).

Program yang dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja ini merupakan anjuran Majlis Pengurusan Taman Negeri dan disertai 200 peserta dari jabatan negeri seperti PTG, UPEN, MBKT dan Pejabat Daerah & Tanah Kuala Nerus di samping Universiti Malaysia Terengganu.

Semoga penganjuran program sebegini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan.

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Kunjungan hormat ke Pejabat Belanjawan Negara (NBO) oleh YB Dato' Nara Setia diiringi Bendahari Negeri, Hajah Marzialina binti Mohamed dan pegawai - pegawai kanan Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) telah diadakan pada 24 Julai 2023 (Isnin).

Sesi kunjungan hormat ini merupakan pertemuan pertama YB Dato' Nara Setia dan YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman (Pengarah NBO) sejak pelantikan YB Dato' Nara Setia sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada 8 Julai 2023. 

Semoga pertemuan ini akan menjadi pencetus kerjasama erat dan persefahaman jitu antara PPNT dan NBO, insya-Allah.

logoagensifooter

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20592 Kuala Terengganu, Terengganu.

Unit IT Line   : 09 - 6276268

General Line : 09 - 6231957

Emel :  emel

 

 

IKUTI LAMAN FB KAMI

facebookperbendaharaanterengganu  Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu

Pautan Luar (Agensi kerajaan)

iconMyGov iconMOF3 iconKSN3 iconTRG
iconMAMPU iconJPA iconSPA iconANM
iconBPA3 iconMSC3 iconKKM3 iconSPRM

 

 

 

Hits Pengunjung

Today 10

Yesterday 80

Week 616

Month 5695

All 101007

Polisi & Privasi
Site Map
TRDI NEWS

Pejabat Perbendaharaan Terengganu