Pencapaian

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang cekap, teratur, mengikut prinsip dan peraturan kewangan di dalam pengurusan kewangan bagi membangun serta merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara berterusan selaras dengan matlamat dan dasar kerajaan Negeri Terengganu berserta untuk memberi perkhidmatan penambahbaikan berterusan kepada jabatan dan agensi-ageni Kerajaan Negeri.


Beberapa program telah dan sedang giat dijalankan bagi memastikan matlamat penyampaian perkhidmatan yang efisen dan berkualiti tercapai di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu.


Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu  telah berjaya mendapat pengiktirafan berikut bagi tadbir urus perkhidmatan.

 

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) telah mengorak langkah untuk memantapkan pengurusan kerja dengan menwujudkan satu standard yang diiktiraf. Skop kerja yang dipilih untuk diisokan merangkumi sebahagian besar proses kerja yang dilaksanakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu. Skop-skop kerja ini telah dirangkumkan dibawah tajuk Pengurusan Kewangan, Perakaunan dan Perkhidmatan Sokongan dan telah mendapat sijil pengiktifan MS ISO:2008 oleh pihak SIRIM QAS.     

 

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) telah mengambil langkah untuk menjadi suasana pejabat yang lebih kondusif dan memupuk semangat kerjasama warga kerjanya dengan memperkenalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui usaha gigih warga kerjanya ianya telah mendapat sijil pengiktirafan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).     

 

Pada tahun 2014, Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu berjaya mendapat penarafan empat (4) bintang dengan markah 91.02%. Ia adalah berdasarkan  Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan/Agensi Negeri tahun 2014. 

 

 

   

 

Pada tahun 2015, Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah diaudit selaras dengan Akta Audit 1957. Pihak pengurusan Kerajaan Negeri adalah bertanggung jawab terhadap Penyata Kewangan. 

Pengauditan telah dilaksanakan berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. 


Penyata Kewangan ini memberi gambaran benar mengenai kedudukan kewangan Negeri pada 31 Disember 2015. 


Rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.