Sejarah RIngkas Penubuhan

Pejabat Jam Besar
PPNT Pejabat Jam Besar - 1950
Pejabat Bukit Apil
PPNT Pejabat Bukit Apil - 1964
Wisma Darul Iman
PPNT Wisma Darul Iman - 1986 sehingga sekarang

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) mula ditubuhkan pada tahun 1950 dan dikenali sebagai Pejabat Khazanah Besar. Ia terletak di tapak Wisma Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pejabat Jam Besar), tapak Wisma Darul Iman masa ini. Pejabat Khazanah Besar ini seterusnya berpindah ke Bukit Pak Apil pada tahun 1964. Pejabat tersebut diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri dan Pejabat Akauntan Negeri pula merupakan salah satu unit di bawah Pejabat Khazanah Besar.


Pejabat ini kemudiannya telah berpindah ke Wisma Negeri. Pada tahun 1981, Majlis Kewangan Negara telah memutuskan Perbendaharaan dan Kewangan diasingkan menjadi Pejabat Kewangan Negeri dan Pejabat Akauntan Negeri. Dalam tempoh tersebut, Pejabat Kewangan Negeri dan Pejabat Akauntan Negeri telah berpindah ke Wisma Darul Iman pada tahun 1986.


Kedua-dua pejabat Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri kemudiannya digabungkan semula pada Tahun 2004, bersesuaian dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam supaya struktur organisasi Pejabat Perbendaharaan Negeri seluruh negara diseragamkan dan diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri.


Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu kini ditempatkan di Tingkat 3&4, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Pejabat Wisma Negeri
PPNT Wisma Negeri - 1981