Kata Aluan Pegawai Kewangan Negeri

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Laman Web Perbendaharaan Negeri Terengganu dibangunkan dengan tujuan untuk memperkenalkan pejabat ini kepada masyarakat awam dan menjadi satu saluran alternatif maklumat mengenai organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat ini. Antara maklumat-maklumat yang boleh diperolehi di dalam laman web ini adalah Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, panduan perolehan kerajaan, soalan-soalan lazim dan lain-lain. Melalui Laman web ini juga kakitangan kerajaan Negeri diberi kemudahan untuk mencetak sendiri penyata gaji bulanan dan penyata tahunan. Selain itu, pengguna-pengguna juga boleh membuat capaian ke laman web jabatan-jabatan kerajaan Negeri Terengganu yang lain.

 

Selaras dengan gagasan "Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera" Pejabat Perbendaharaan akan terus menambah baik sistem penyampaiannya dan pembangunan laman web ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha tersebut. Oleh itu, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan akan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstraktif supaya laman web ini dapat membantu pengguna-pengguna. Adalah menjadi harapan saya dengan adanya laman web ini akan dapat memberi manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 

Selamat melayari Laman Web Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu.



The Terengganu State Treasury website has been developed to introduce the state treasury and to be one of the channels the public to get information and services. From this website, the public can access state treasury policies, procurement guidelines, FAQ and e-applications (for state officers only). From this website, the public can also access to other state websites from the link provided.

 

With the Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera slogan, the state treasury will continue improving the delivery system to ensure the public will get first class services from us. The state treasury welcomes any ideas or suggestions to make improvement on this website and services. I hope this website and our services will give positive benefits to the public. Welcome to the Official Website of the Terengganu State Treasury.

 

 

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah, Wassalamualaikum w.b.t.

 

 

Dato' Haji Zainal Abidin Bin Hussin D.P.M.T, P.J.K, B.L.B
Pegawai Kewangan Negeri Terengganu