Aplikasi Online

 

Tujuan aplikasi online ini dibangunkan adalah untuk mepercepatkan dan melicinkan lagi proses kerja dan pengurusan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu(PPNT). Terdapat beberapa sistem Online telah dibangunkan dan digunapakai oleh pihak PPNT.  Berikut merupakan sistem utama dalam pengurusan pihak PPNT.


1.      
Sistem e-
SPEKS

2.       Sistem e-Kewangan

3.       Sistem Crest

 

 

e-SPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. e-SPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu e-Maklum, e-Payslip dan e-EC.

 

eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam eSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login.

Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui eSPEKS adalah seperti berikut :


Kualiti perkhidmatan di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat ditingkatkan dimana makluman pembayaran dapat disampaikan kepada kakitangan awam dan pembekal dengan cepat dan mudah.

 

 

Apabila kakitangan di Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan pembayaran, mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada tugas-tugasan lain. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti mereka.

 

 

Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat mengurangkan kos bulanan proses gaji apabila slip gaji tidak perlu dicetak lagi. Slip gaji boleh disemak secara 'online' serta dicetak oleh kakitangan terbabit bila diperlukan.

 

 

Bebanan kerja di Unit Gaji juga dapat dikurangkan apabila slip gaji tidak perlu dicetak, disisih serta dihantar kepada setiap kakitangan yang terbabit. Tumpuan boleh diberi bagi memastikan setiap perubahan gaji yang perlu dilakukan adalah tepat dan betul. Ini dapat mengurangkan masalah semasa proses gaji dijalankan.

 

 

Kebaikan yang sama juga boleh dinikmati apabila penyata tahunan pendapatan dapat dicapai dan dicetak secara 'online' oleh kakitangan awam yang memerlukannya.

 

Sila klik di sini bagi manual penggunaan sistem e-SPEKS.

 

Sila klik pada pautan di bawah bagi panduan penggunaan Sistem e-SPEKS.

  • Prosidur Kerja e-SPEKS
  • Manual Pengguna e-SPEKS

 

 

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah membangunkan satu sistem permohonan secara atas talian (online) bagi beberapa permohonan yang dikemukakan kepada jabatan ini.  Matlamat utama adalah untuk meningkatkan mutu sistem penyampaian PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU terhadap pelanggan utama Jabatan iaitu Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri sebagaimana yang diwawarkan dalam Piagam Pelanggan.

Sebelum daripada ini, proses mendapat kelulusan memakan masa beberapa hari, malah berminggu bermula dengan menerima permohonan daripada jabatan luar , kemudian proses mengambil tindakan pengesyoran/kelulusan dan seterusnya memaklumkan semula kelulusan samaada dilulus/tolak kepada jabatan. Perkara ini akan dapat dielak dan dipendekkan dengan penggunaan teknologi komputer, melalui sistem capaian yang akan dibangunkan kelak. Dalam masa yang sama ini akan dapat menjimatkan masa dan juga kertas (paperless).

Di antara permohonan yang seringkali di pohon oleh Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri bagi mendapat kelulusan Pegawai Kewangan Negeri adalah seperti berikut :

1.       Pengecualian Sebutharga/Tender/Pembelian diluar Kontrak Pusat.

2.       Elaun Pakaian Panas

3.       Tuntutan Elaun Lebih Masa melebihi 2/3 gaji.

4.       Tuntutan Pembelian Telefon

5.       Pindah Peruntukan

6.       Tambah Peruntukan.

7.       Pinjaman Kenderaan/Komputer

8.       Pendahuluan diri.

9.       Dan lain-lain (akan dikembangkan pada masa hadapan)

 

Fasa 1 , sistem ini telah digunapakai pada Oktober 2011.  Beberapa modul penting telah dibangunkan mengikut fungsi setiap unit.

1.       Unit Hasil

2.       Unit Perolehan Aset

3.       Unit Belanjawan.

 

Antara modul-modul yang dibangunkan ialah :

1.       Pengecualian Sebutharga / Tender

2.       Pengecualian di luar kontrak pusat

3.       Pindah peruntukan

4.       Tambah peruntukan

5.       Elaun pakaian panas

6.       Tuntutan pembelian telefon bimbit

7.       Pendahuluan Diri

8.       Permohonan AP58a

9.       Permohonan AP58b

 

Fasa 2 pembangunan e-kewangan telah dibangunkan. Ianya akan digunapakai bermula Januari 2012. Antara penambahan modul-modul untuk fasa 2 adalah seperti berikut :

1.       Pengecualian sebutharga / tender terpilih

2.       Pembayaran Balik Hasil

3.       Kelulusan Bayaran Tuntutan Elaun Melebihi 1 Bulan Gaji 

4.       Kelulusan Potongan Gaji (Lebihan Bayaran Elaun, dll)

5.       Permohonan Perlantikan Perunding

6.       Permohonan Caruman Pengurusan & Caruman Bantu Kadar (CBK) Badan Berkanun / "Off Budget"

 

Di samping modul-modul yang ditambah, beberapa penambahbaikan juga telah dilakukan. Antaranya ditambah permohonan pengecualian sebutharga/tender pada peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada SUK dan Permohonan Pindah Peruntukan Pembangunan yang melibatkan agensi-agensi lain seperti UPEN.

 

Disamping pembangunan modul-modul untuk e-kewangan, sistem ini telah dilengkapi dengan kemudahan notifikasi dalam bentuk emel dan juga sistem pesanan ringkas atau ‘sms’. 


 Sila klik di sini bagi manual penggunaan Sistem e-Kewangan.

 



Sistem Pendaftaran dan Penilaian atau lebih dikenali ‘ Consultant Registration & Evaluation System Terengganu (CREST) adalah sistem yang dibangunkan bagi mengumpul data dan maklumat berkenaan perunding dalam dan luar negeri Terengganu.


Sistem  ini menyimpan data berkenaan latarbelakang syarikat perunding (company profile) dan maklumat projek yang telah diberikan kelulusan menjalankan kerja/projek di Terengganu. Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri adalah syarikat yang mempunyai kelayakan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan badan-badan professional dalam bidang berkaitan.


Di antara bidang dan kategori yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri di dalam sistem ini adalah arkitek, kejuruteraan awam dan struktur, ukur bahan, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dan kajian kemungkinan, ekonomi dan penswastaan.


Pihak perunding akan mengemaskini maklumat syarikat masing-masing secara online (atas talian) mulai 1hb Januari 2013 melalui sistem ini. Malah bagi syarikat baru yang ingin mendaftar dengan Kerajaan Negeri, bolehlah membuat permohonan pendaftaran melalui sistem ini yang ditempatkan di laman web Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) .


Mulai 1hb Januari 2013 juga, pihak PPNT akan menggunapakai satu modul baru dalam Sistem e-Kewangan iaitu modul Perunding . Tujuan modul ini adalah bagi membuat permohonan perlantikan perunding dalam menjalankan sesebuah projek dan kerja di negeri Terengganu.


Sila klik di sini bagi manual penggunaan Sistem Pendaftaran Perunding.