Program lawatan Menteri Kewangan Malaysia (sesi focus group) ke SUK Terengganu.


Warga Wisma Darul Iman sangat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta delegasi dari Kementerian Kewangan Malaysia pada 6 September 2020 (Ahad) jam 8.15 pagi. Kedatangan beliau telah disambut oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhomat Dato' Haji Zainal Abidin bin Hussin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Encik Zawawi bin Abd Rahman, Bendahari Negeri, Puan Hajah Marzialina binti Mohamed serta semua pegawai dari Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu.


Lawatan kerja (sesi focus group) ke Terengganu ini merupakan julung kali diadakan di bawah teraju pimpinan Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau dan delegasi rombongan juga sudi meluangkan masa untuk bergambar kenangan bersama para pegawai Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu sebelum meneruskan program kunjungan hormat ke pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.

 

 

 

 

bb

 

 

bb

 

 

bb

 

 

bb

 

 

bb