Majlis Ramah Mesra Bersama Pesilat SUKMA Negeri Terengganu


Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) selaku jabatan angkat Sukan Pencak Silat telah mengadakan satu majlis beramah mesra bersama Pesilat SUKMA Negeri Terengganu pada 30 Ogos 2020 yang lalu di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Bendahari Negeri serta pegawai-pegawai yang lain.


Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Haji Yahaya bin Ali, Yang Dipertua DUN Terengganu merangkap bapa angkat Sukan Pencak Silat SUKMA. Ucapan penuh semangat dan pengharapan telah disampai oleh YB Dato' Haji Yahaya kepada pasukan pesilat. Pasukan pesilat SUKMA dijangkakan akan beraksi di pentas SUKMA di Negeri Johor pada 6-14 Mac 2021. Penundaan tarikh SUKMA ini ke tahun 2021 adalah berikutan daripada penularan wabak COVID-19.

 

Selamat maju jaya untuk semua pasukan pesilat SUKMA dari kami warga PPNT.

 

 bb

 

 

bb

 

 

bb

 

 

bb

 

 

bb